Link Download

Rabu, 16 Januari 2013

Hujjatussiddig Lidhaf'l Zindiq Nuruddin Ar-Raniri (1-17)

Birmilllahirrahmanirrahim.

1. Segala puji-pujian bagi Allah ialah yang mustahiq dengan kepujian. Adalah segala arwah peroleh limpah daripadanya anugrahNya. Dan dianugrahinya akan mereka itu dengan anugrah taufiq mereka itulah daripada segala nabi dan 'arf billah. 

2. Maka ditaqiqkanNya mereka itulah akan Tuhannya dengan sebenar-benar tahqiq. Serta dibezakannya jalan yang benar dari jalan yang bathil dengan tasydiq. Dan ditahqiqkannya mereka itulah segala a'alim haqa-iq dengan daqiq. Maka ditasnifkan mereka itu segala 'ilmuNya dan dicitakan jalan agama.

3. Maka barang siapa senantiasa peroleh taufiq niscaya diikatNyalah jalan segala nabi dan shadiq. Dan jika tiada diikatnya akan 'itiqad mereka itu niscaya jadilah dia daripada kaum mulhid dan zindiq. Dan rahmat Allah dan salamNya atas Nabi Muhammad yang amat penyayang akan ummatnya. Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang amat kepercayaan.

4. Dan kemudian daripada itu, maka berkata yang mengedarkan ialah minuman Rasullah Saw. Ia itu Syaikh Nuruddi bin 'Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid nama bangsanya dan Raniri nama negrinya. Tempat kediamannya dan Syafi'i mazhabnya. Maka tatkala ikhtilaflah setengan daripada ahli taksim dan mu'anid daripada segala yang jahil pada memisalkan wujud Allah dan pada menisbatkan alam dan Haqq Ta'ala maka meminta padaku setengan daripada orang yang besar-besar daripada segala sahabatku--dipeliharakan Allah Ta'aala kiranya akan dia dan tetapkannya akan dia pada agama Islam dengan berkata penghulu kita Nabi Muhammad Saw. Maka kutaklifkan dan kujawikan risalah ini daripads segala kitab ahlu sufi dan lain daripada mereka itu maka kunamai risalah ini Hujjat al-Shiddiq li ad-Dhaf'i Zindiq, artinya dalil segala 'arif pada menolakkan 'itiqad segala zindiq. Maka kusebutkan pada risalah ini i'tiqad dan mazhab empat thaifah yaitu mutakallimin dan ahlu sufi dan hukama falasifah dan wujudiyah yang mulhid pada menyabitkan Wujud Allah dengan alam itu berlainankah atau bersuatu seperti yang lagi akan tersebut kenyataannya.
5. Maka sekarang kumulai pada menyatakan makna wujud itu yaitu Dzat, yakni: keadaan suatu Syay'i. Maka Dzat itu adakalanya kelihatan dengan mata kepala seperti alam, dan adakalanya tiada kelihatan dengan matakepala, tetapi menyabitkan dia akal dan syara' atau kasyaf dan zauq itulah wujud Allah.
6. Kata mutakallimin, bahwa wujud itu dua perkara. Pertama wujud Allah, kedua wujud alam. Maka wujud Allah itu Wajibul Wujud lagi Qaim dengan sendirinya. Dan wujud alam itu mumkinul wujud, yakni dijadikan Haqq Ta'ala daripada 'adam kepada wujud khariji. Lagi ia qaim dengan dengan Haqq Ta'ala. Maka jadilah hakikat keduanya berlainlainan, yakni keadaan keduanya berlain-lainan karena Haqq Ta'ala itu qadim lagi menjadikan dan alam itu muhdast lagi dijadikan.

7. Makanyatalah pada istilah mereka itu bahwa wujud itu dua perkara. Suatu wujud hakiki, kedua wujud majazi. Maka wujud majazi itu milik bagi wujud hakiki. Maka jikalau tiada berlainan keduanya niscaya jadilah bersuatu (bersatu). Maka barangsiapa meng'tikadkan bahwa Haqq Ta'ala dengan alam itu esa maka jadia ia kafir karena ketahuan daripada perkataannya yang demikian itu bahwa wujud Allah dan alam adi suatu haqiqah dan sewujud.

8. Kata ahli sufi: bahwa kamipun qabullah akan 'ituqad dan perkataan mutakallimin itu. Adapun pada istilah kami bahwa ujud itu esa jua. Yaitulah Dzat Allah Ta'ala, dan alam itu tiada berwujud dan tiada layak dinamai akan dia dengan nama Wujud, karena ia 'adam almahdhi (fn. 11. Semata-mata hakiki). Maka apabila adalah alam itu 'adam mahdhi dan wuju Haqq Ta'ala itu Wujud Mahdhi. Maka mana tahu jadi sewujud 'adam mahdhi dengan Wujud Mahdhi? Hanya sanya adalah alam itu madhazir dan dzill, milik bagi Haqq Ta'ala, yakni tempat nyata Haqq Ta'ala, dan bayang-bayang seperti umpama rupa yang kelihatan dalam cermin badal tamtsil: Haqq Ta'ala itu umpama yang menilik cermin, dan alam itu rupa yang kelihatan dalamnya. Maka wujud haqq ta'ala dalam alam berlainpun tiada dan bersuatupun tiada, karna berlainannya dan bersuatu itu menghendaki dua wujud mustaqil sendirinya. Maka apabila adalah wujud Allah jua yang Esa dan alam itu tiada berwujud, maka tiadalh jadi berlain-lainan. Daripada karena itulah kami kata wujud Allah delan alam esa, jikalau ada alam itu maujud kelihatan sekalipun, tetapi tiada kebilangan wujudnya dari karena ia tiada berwujud hakiki seperti kata orang: raja dengan bala tentaranya itu esa jua jikalau ada wujud bala tentaranya banyak sekalipun tiada kebilangan hanya yang kebilangan itu wujud raja jua. Dan lagipun tamsil bayang-bayang dengan yang empunya bayang-bayang. Pada penglihat dua wujud tetapi tiada dikata akan dia dua wujud karena bayang-bayang itu tiada kebilangan wujudnya. Soal: jika ditanyai orang: bahwa bayang-bayang dengan yang empunya bayang-bayang itu seorangkah atau dua? Jawab: Bahwa bayang-bayang dengan yang emounya bayang-bayang itu seorang jua. Karena bayang-bayang itu tiada kebilangan wujudnya. Hanya sanya adalah bayang-bayang itu madhahir yang empunya bayang-bayang jua. Maka sebab itulah dikata orang bahwa empunya bayang-bayang dengan bayang-bayang itu esa tiada dua dan tiada lain.

9. Maka adalah maksud kata mutakallimin dan ahli tasawwuf itu suatu jua tiada berlainan antara dua thaifah itu tiada. Syahdan bahwa pendapat mutakallimin itu dengan dalil akli dan naqli jua. Ditiliknya kepada alam maka dilihatnya ada ia maujud yang muhdats lagi berubah-ubah, dan ditiknya dengan mata hatinya kepada Haqq Ta'ala jua guna ada maujud yang qadim. Maka ditsabitkannya dua wujud, suatu jaizul wujud, kedua, wajibul wujud. Maka jaizul wujud itu yaitu makhluk dan wajibul wujud itu yaitu khaliq. Maka adalah nisbah antara keduanya itu nisbah khaliq dan makhluk jua. Maka sebab itulah dikata mereka itu berlain-lainan keduanya supaya jangan pada (sangkah/menganggap) 'awam bahwa wujud Allah dengan wujud akam itu sewujud. Seperti 'itiqad kaum mulhith dan zindiq.

10. Adapun pendapat ahlus sufi itupun dengan dalil aqli dan naqli jua. Lagi ditambah pula kasyaf dan zauq. Maka ditilik mereka itu dengan matahatinya dan dirasanya dengan perasaannya bahwa wujud itu esa jua, ia itulah Wujud Allah yang tiada kelihatan dengan mata kepala dalam daaruddunya ini, dan yang kelihatan dengan mata kepala itu ia itu 'alam yang tiada ada berwujud seperti wujud Allah. Maka Wujud Allah itu Wujud hakiki lagi mutlak. Dan wujud alam itu wujud majazi lagi muqayyat, dzill dan milik bagi wujud Allah. Maka akan dzill itu tiada dapat dikata akan dia wujud, dan tiada dapat dikata akan dia 'adam mutlak, dari karena jika dikata akan dia wujud niscaya sekutula dia dengan wujud Allah, dan jika dikata akan dia 'adam mutlak maka 'adam itu tiada adasesuatu syay'i jua pun, dan alam itu ada ia kelihatan. Maka nyatalah alam itu madzahir wujud Haqq Ta'ala. Maka nisbah akan wujud Allah dan alam itu bersuatupun tiada dan berlainanpun tiada, karna alam itu madzahir dan mulik bagi Haqq Ta'ala.

11. Maka nyatalah pada istilah ahlu sufi bahwa wujud dan hakikat itu esa jua pada maknanya, iaitulah Dzat Allah Ta'ala, Murad daripadaNya hakikat pada istilah ahlu sufi itu iaitu: Hakikah ma bihi syay'un Huwa Huwa, artinya yang hakikah itu suatu syay'i yang dengannya syai'i itu Ia Ia, yakni barang suatu syay'i yang jadi ia daripada suatu syay'i maka suatu syay'i itulah haqiqah, Umpamanya hakikat periuk itu kisaran dan hakikat perahu itu tukang; dan murad daripada hakikat pada istilah mantiqiyyin itu iaitu: Alhaqiqih mayaqunu asysyay'u bihi kalhayawan-natiqi binnisbati ilal-insan, artinya: yang hakikat itu barang suatu syay'i yang dengannya ia seperti hayawan natiq dengan nisbah kepada insan, yakni: haqiqah insan itu hidup yang berkata-kata. Makan yatalah istilah mantiqiyyin haqiqah sesuatu syay'i itu diri sesatu syay'i. Maka ikhtilaf ikhtiyar mutakallimin dan ahlus sufi pada menyabitkan Wujud Allah dengan alam itu ikhtilaf lafdhiy jua bukan maknawi seperti kata orang seperi lima belas dengan tengah duapuluh, maka pada maknanya sama jua dan pada lafadznya berlain lainan.

12. Apabila kau ketahuilah 'itiqad dan mazhab mutakallimin dan ahli sufi, maka sekarang dinyatakan pula 'itiqad dan mazhab hukama falasifah. Kata thaifah falasifah: bahwa wujud Alkah dan alam keduanya qadim karna ia erbit daripada wujud Allah taksirnya, tiada dengan ikhtiar Haqq Ta'ala seperti keluar panas matahari daripada dzat matahari. Maka tiadalah kuasa matahari menahani panasnya, selama ada matahari adalah panasnya. Demikian lagi selama ada Dzat Allah adalah alam, tiada bercherai dan tiada tunggal daripada dzat Allah dari pada azali datang kepada abad[i]. Berhubung dan bertemu selama-lamanya. Dan lagi pula katanya bahwa Allah Ta'ala tiada kuasa atas segala sesuatu dan tiada kuasa ia menjadikan sesuatu yang lain daripada sudah keluar daripadanya. Dan tiada ia kuasa pada mengubahkan alam yang sudah ada ini, dan lagipula katanya bahwa tijuh petala langit dan tujuh petala bumi tiada dijadikan Allah Ta'ala akan keduanya daripada tiada kepada ada. Lagi baqa abadi dan lagi pula katanya bahwa minta tolong kepada Allah itu mumsyika'i nafsani jua karna 'abdu itu sentia dalam limpah tolong jua. Adapun faedah berbuat ibadah itu menjadikan diri serupa dengan Allah sekira-kira kuasa jua.dan lagi pula katanya bahwa Allah Ta'ala jua yang 'asyiq dan ma'syuq akan diriNya. Maka adalah segala perkataan dan 'itiqad mereka itu dhalalat lagi kafir. Na'udzu billah minha.

13. Apabila kau ketahuilah 'itiqad dan mazhab falasifat maka kunyatakan pula 'itiqad dan mazhab thaifah wujudiyah. Maka adalah Wujudiyah itu dua qoum, suatu wujudiyah muwahhid, kedua wujudiyah yang mulhid, seperti murji'ah itu dua qawm jua. Suatu murji'ah marhimah, kedua murji'ah mal'unah. Maka murji'ah marhumah itu iaitu segala sahabat Rasulullah Saw, dan murji'ah mal'unah itu iaitu suatu kaum daripada tujuh puluh dua yang dhalalat lagi isi neraka. Demikian lagi wujudiyah yang muwahhid itu iaitu segala ahlu sufi-dijadikan Haqq Allah Ta'ala kiranya kita daripada kaum mereka itu-dan wujuduyah yang mulhid itu iaitu segala zindiq-ma'udzubillah minha. Adapun sebab dinamai wujudiyah itu wujudiyah karena adalah bahasa dan perkataan dan i'itiqad mereka itu pada wujud Addal, maka sekarang kunyatakan 'itiqad dan mazhab wujudiyah yang mulhit dan wujudiyah yang muwahhid supaya kau bezakan antawa 'itiqad keduanya.


Kata wujudiyah yang mulhid bahwa wujudiyah itu esa iaitulah wujud Allah. Maka wujud Allah yang esa itu tiada ada Ia maujud mastaqil sendirinya dapat dibezakan melainkan dalam kandungan sekalian makhluqad jua. Maka adalah makhluqad itu wujud Allah dan wujud Allah itu wujud makhluqad. Maka alam itu Allah dan Allah itu alam. Bahwasanya adalah mereka itu menyabitkan wujud Allah yang Esa itu dalam wujud segala makhluqat serta katanya tiada maujud hanya Allah dan lagi di'itiqadkannya pada makna kalimah lailahaillallah tiada wujudku hanya wujud Allah, maka dikehendakinya maknanya tiada ada wujudku melainkan wujud Allah wujudku ini. Dan lagi pula katanya kami dengan Allah sebangsa dan sewujud, dan lagipula katanya bahwa Allah Ta'ala ketahuan DzatNya dan nyata kaifiyatNya dan kammiyatNya daripada pihak ada Ia maujud pada khariji pada zaman dan makan.

15. Inilah segala perkataan dan 'itiqad kafir yang nyata, seperti kata Syaikh Muhyiddin Ibn 'Arabi q.s. kitab Futuhat Makkiyah pada menyatakan 'itiqad segala ahlul khawash ditolakkannya dan dibatilkannya akan mazhab wujudiyah itu katanya: man huna aidhan zaalat aqdamu tha-ifati 'anmujarra tahqiqi faqaalu maa-tsumma illa maa-naara faja'alu al'alama huwallahu wallah nafsun nafsul 'alam wa laista hadza bimasyhadi likawnihi mayatahaqqaauna bihi tahaqqaqu ahlulu falaw tahaqqaqu bihi maqalu dzalik. Yakni: daripada perkataan inilah tergelincir 'itiqad suatu kaum daripada jalan yang sebenarnya, dari karena kata mereka itu tiada ada maujud melainkan barang yang kami lihat, maka dijadikannyalah 'alam itu Allah dan Allah itu dirinya 'alam. Sekali-kali 'itiqad ini tiada benar karna wujud Allah itu barang yang jadi mereka itu dengan dia, yakni: wujud Allah itulah menjadikan mereka itu. Maka jikalau benar makrifat mereka itu akan dia niascaya tiada dikata mereka itu yang demikian. Maka adalah mereka itu malu akan segala ahlul Islam dan takut disalahkan kebanyakan mazhab dan agama. Jika dikata mereka itu dengan nyatanya kamilah Allah dan Allah itu kami, tiada dikabulkan oleh sekalian mereka itu akan perkataannya. Maka dilindunkanlah dirinya di balik dinding yang berpasak-pasak supaya jangan kelihatan perkataan yang jahat-jahat dan 'itiqad yang dhalalat. Maka disamarkannya dengan katanya bahwa sanya Allah Ta'ala itu diri kami dan wujud kami dan kami diriNya dan wujudnya itu jua. Maka yang demikian itu tiada terlindung pada segala budiman yang bijaksana dan tiada terbunyi pada segala arif yang kamil.

16. Syahdan adalah perkataan dan 'itiqad mereka itu seperti oerkataan dan 'itiqad kaum 'ali ilahiyah dan ismailiyah daripada kaum rafidiyah, katanya bahwa Haqq Ta'ala itu tanzilal di 'Ali bin Abi Thalib k.w.: dan seperti perkaan 'itiqad kaum Yahudi, katanya bahwa Nabi Allah 'Uzair itu anak Allah seperti firnal Allah ta'ala: Qalad alyahuhu 'uzaira abdullah. Yakni kata Yahudi, 'Uzair itu anak Allah. Seperti perkataan dan 'tiqad kaum Nasara bahwa Nabi Allah Isa itu anak Allah. Seperti firman Allah Ta'ala: waqalad annasara almasiha ibnulla. Setengan daripada mereka itu menigai tiga, seoerti firmal Allah Ta'ala: laqad kafatalladhi naqalu innallaha tsalitsu tsalasah, yakni: sanya telah kafirlah mereka itu mengata adalah Allah itu menigai tiga. Dan kata setengan dapipada mereka itu bahwa nabi Allah 'Isa itulah Allah dan lagi pula kata kaum nasara bahwa Allah ta'ala tidur daropada lahut kepada alam nasut. Ia itu lambang yang ia jadi daripada alam ajsam. maka kembali pula ia kepada lahut. Maka adalah sekalian perkataan dan 'itiqad mereka itu kafir' seperti firman Allah SWT: laqal kafarallazi qalu nallaha huwan masihu bin Maryam. Artinya bahwa bahwasanya telah kafirlah mereka itu yang mengata a sanyaAllah itulah Isa bin Maryam. dengar olehmu hai budiman firman Tuhan yang dalam Qur'an menyatakan peri kejadian insan duapuluh delapan tempatnya. Sahib Zabid qS. Waqad zakkarallahu alinsana fi samaniyatin wa isyrin waisyrina maudhuan wa kana makhluqun. Ya'ni, sanya disebutkan Allah Ta'ala akan insan itu pada duapuluh delapan tempat, maka firmanNya bahwasanya insan itu makhluk. Maka inilah beza antara perkataan wujud Allah itu wujud makhluk dan wujud makhluk itu wujud Allah, dan insan itu Allah, dengan perkataan Nasara, kayptanya Nabi Allah Isa itulah Allah, maka yang demikian itu, tiadalah terbuat (teks: terbuan) pada segala budiman yang beriman.

17. Kata Syaikh Ibnu Ahmad qs, dalam kitab Aratud Daqaiq Syarhu Mara-ati Daqaiq: fa man qaala au nafsa wattabi'a-ta al-kulliyati aw madunaha minal kawakibi wal 'anasiri wal awalidi ilahun bi 'itibari mazahiri yatahalahu faqah akhta'a kama akhta'u man qala li yadi zaidin annahu zaidun, wain kanat yadahu min jumlati mazhahirihi. Fa in kana mukhthian fi ithlaqin illa lahu 'ala ma laytsa bi ilahin fa qad kafara watazandaqa. Ya'ni: barang siapa meng 'itiqadkan akal atau nafs atau segala thabi'ah atau barang sebagainya daripada segala binatang dan segala anasir dan hayawanat dan nabatad dan jamadad itu haqq ta'ala dengan i'tibar madhahirnya, maka salahlah ia seperti yang mengata akan tangan si Zaid itulah si Zaid. Dan jika ada tangannya itu daripada jumlah segala mazahirnya sekalipun. Apabila adalah salah i'tiqadnya pada mengatakan yang lain daripada Haqq Ta'ala itulah Haqq Ta'ala maka sanya jadilah ia kafir dan zindiq. Wa inqulna dhahira fi kulli al-'alam wujudul haqqi wa isla-ihi wa laysa wujuduhu min haytsu huwa huwa fi kulli wahidin Min ahadil asya'i bi kamalihi. Dan jikalau kami kata yang zahir pada 'alam itu bil Haqq Ta'ala atau asma'nya sekalipun maka sekali-kali tiada wujud Allah daripada fihak zahir itu ada wujudnya maujud pada tiap-tiap makhluk wa lil qawli wiwijdatil wujudi fil kulli la yajuzu al-qawla bi ilahiyyihi kulli wahidin minal asya'i. Adapun murad daripada kata ahlu sufi wahdatul wujud fil kulli, ya'ni keesaan wujud Allah dengan alam itu, bukan kasud mereka itu akan tiap-tiap segala perkara yang tersebut itu haqq ta'ala. Iz al-kalamu ayyul kalama man qala bi wahdati wujudin al-kullu innama huwa fi annnal majmu'a ayyu majmu'a wujudatil asy-ya'i amrun wahidun wa huwa zuhuril haqqi fil kulli la anna kullla wahidin mnal maujudati huwal majmu'u allazi zahra fihi al-haqqu bi kulliyatihi. Karna makhsud ahli sufi dengan katanya wahdatu wujudin al kulli ya'ni keesaan wujud alam dengan suku sukunya itu maksud mereka itu hanya sanya adalah majmu' wujud segala asya' itu suatu pekerjaan jua ia itulah zuhur Haqq Ta'ala pada alam, bukan maksud mereka itu bahwa sanya tiap-tiap daripada segala mawjudan ia itulah majmu' alam yang zahir dalaman Haqq Ta'ala dengan DzatNya dan sifatNya dan Asma'nya. Dan lagi pula katanya dalam kitab Inhaddu Nasihah: wahdatul wujud ma bihi attahqiqu wa huwa wahidun, ya'ni: esa wujud itu ia itu suatu syay-'i yang dengan dia jadi syay-'i yang lain. Artinya yang menjadikan segala sesuatu itu Ia itu Esa. Kata Shahibul Ta'ifil 'Alam, wahdatul wujudi ma huwa bihi tahaqqaqu haqiqatin kulla mawjudin wa dzalika la yashihu ayyakuna amrun ghairul haqqi 'azsyanini. Bahwa wahdatul wujud itu ia itu barang sesuatu syay-'i yang mengan dia jadi sesuatu syay-'i maka yang menjadikan itu sekali-kali tiada sah dikata wujud melainkan akan wujud Allah jua. Maka barang siapa hendak menta'wilkan Allah itu 'alam dan 'alam itu Allah dan lagi katanya insan itulah Allah, maka sanya ialah mendustakan Haqq Ta'ala dan rasulnya dan membenarkan 'itiqad Yahudi dan Nasara. Lagi di'itiqadkan mereka itu Islam ajain sekali-kali betapa perinya hendak ditakwil akan perkataan sejahat-jahat dan 'itiqad dan semata-mata dhalalat lagi kafir, naudzu billah minha yang tiada terdiri itu tujuh petala langit dan bumi mencari dia, seperti firman Allah Ta'ala: Takadassamawati yatafattarna minhu watantsaqul arha wa tahral jabal huda 'anda-'unirrahmani walidan. Ya'ni: hamparlah tujuh petala langit belah-belah ceruk-ceruklah tujuh petala bumi dan renyyyrttahlah segalah bukit berhemburan tatkalyreeea iuy3*yymenengar kata Yahudi dan Nasara ada bagi Tuhan yang bernama Rahman anak.


18. Apaba kau ketahuilah perkataan dan 'tiqad wujudiyah yang mulhith maka sekarang kunyatakan pula perkataan dan 'tiqad wujudiyah yang muwahhid lagi ahlus sufi, dijadikan Haqq Ta'ala kita daripada kaum mereka itu, kata wujudiyah yang muwahhid Bahwa Wujud Allah itu Esa tiada berbilang dan ber hadd tiada bersegala dan bersetengah, tiada berhimpun dan bersuku-suku. Tiada khass dan amm, tiada jawhar dan jism serta demikian ada dijadikannya segala perkara yang tersebut itu. Syahdan, bahwa Wujud Allah itu sekali-kali tiada berubah dan tiada jadi segala perkara itu karena ia al-ann kama kana, yakni adalah Ia sekarang seperti adanya dahulu jua, ya'ni tatkala belumngi lagi dijadikan Haqq Ta'ala segala perkara tiada iad jadi segala perkara itu, ya'ni demikian lagi tatkala sudah dijadikannya segala perkara itu pun tiada dijadi ia serupa dan sewujud dengan segala perkara itu, ya'ni bahwa Wujud Allah itu tertentu pada Dzat Allah jua sekali-kali tiada jadi ia wujud makhluk dan wujud makhluk itu sekali-kali tiada jadi ia Wujud Allah, seperti kata Syaik Muhyiddin Ibn Arabi, q.s. pada setengah tashnifnya, wajibul wujudi huwal Wujud Al-Mutlaq, ya'ni Wajibul Wujud itulah Wujud yang mutlak, ya'ni Wujud Allah itu bukan wujud yang muqayyad. Maka adalah Wujud Allah tiada ketahuan kayfiyatnya dan kammiyatnya dan tiada dapat dibahatsakan dan ditafhitskan daripada haqiqadnya dan kunhi DzatNya seperti firman Allah Ta'ala, Waydziru kumullahu Nafsahu. Ya'ni: dipertakuti Allah akan kamu daripada samngi ma'rifah kamu kepada kunhiy DzatNya. Dan Sabda Nabi Saw. Kullukum fi dzatillahi hamqa. Ya'ni: Adalah sekalian kamu pada ma'rifat Dzat Allah ahmaq. Dan kata Nabi Allah Dawud as: Subhana man ja'li 'itifila al-abdi bil ajzi 'an syukrihi syukran kama ja'li 'itirafihi bil 'ajzi 'an ma'rifati ma'rifah. Ya'ni: Maha Suci Tuhan yang menjadikan ikrar 'abdi dengan melamahkan dirinya daripada membawa syukur akan dia dengan sempurna syukur seperti dijadikan syukur 'abdi dengan melemahkan darinya daripada sumngi ma'rifat pada kunhiynya Dzat Allah dengan sempurna ma'rifat. Kata Abu Bakar Shiddiq r.a. subhana mal lam yaj'al likhalqihi sabilan ila ma'rifatihi illa bil 'ajzi 'an ma'rifatihu. Ya'ni: Maha Suci Tuhan yang tiada menjadikan bagi makhlukNya jalan kepada ma'rifah dzatNya melainkan daripada melemahkan diri daripada ma'rifat akan Dia. Maka nyatalah tiada dihasil ma'rifat 'abid dan Tauhidnya akan Haqq Ta'ala melaikan dengan sekira-kira ingrah Tuhannya akan dia seperti kata Syaikh Cibli q.s. akan seorang laki-laki: tadri lam yasih tawahhiduka. Faqala: la, qala: li innaka tataulubuhu bika falaw thalbatuhu bihi liwajdatihi. Ya'ni: tahukah engkau karna apa tiada sah tauhidmu? Maka sehat laki-laki itu tiada hamba tahu. Maka kata Syaikh Cibli: dikarena bahwa sanya engkau menuntut tauhid itu dengan dikau, ya'ni dengan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar